Pendidikan adalah satu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.