:
Share:


Zakat Fitrah 1447H / 2026M

TAKRIFAN

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA:

"Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas umat Islam dengan satu gantang tamar, satu gantang tepung barli sama ada yang merdeka atau hamba sahaya, lelaki atau perempuan dalam kalangan umat Islam."

Riwayat Muslim: 984

KADAR ZAKAT FITRAH 1447H / 2026M

Kadar ditetapkan berdasarkan harga beras makanan asasi setempat oleh pihak berkuasa agama negeri (MAIPk).

💳 Bayar Zakat Fitrah Online

Syarat Wajib Zakat Fitrah

1

Mempunyai lebihan makanan atau harta daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.

2

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.


Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

WAKTU KETERANGAN
Wajib Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal ⭐ Sebelum sembahyang Hari Raya.
Sunat Sepanjang bulan Ramadhan.
Makruh Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
Haram Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Soalan Lazim

1. Apakah hukum membayar Zakat Fitrah?

Hukum membayar zakat fitrah adalah wajib ke atas setiap Muslim yang berkemampuan.

2. Siapakah yang wajib membayar Zakat Fitrah?

Setiap Muslim yang hidup pada malam dan hari Raya Aidilfitri serta mempunyai lebihan keperluan asas untuk diri dan tanggungan.

3. Bilakah waktu terbaik membayar Zakat Fitrah?

Waktu yang paling afdal adalah sebelum solat sunat Aidilfitri. Boleh dibuat sepanjang bulan Ramadan.

4. Adakah sah pembayaran secara dalam talian?

Ya, pembayaran zakat fitrah secara dalam talian adalah sah selagi dibuat melalui saluran rasmi yang diluluskan dan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

5. Apakah perlu saya simpan resit pembayaran?

Ya, pembayar disarankan menyimpan resit (fizikal atau digital) sebagai bukti pembayaran dan rekod peribadi.

Sumber maklumat: Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR)