:
Share:


💰

Zakat Harta & Perniagaan

Kadar 2.5%

Wang simpanan tunai & keuntungan bersih perniagaan yang cukup nisab dan haul.

📖 Lihat Info Lanjut
Info Terperinci:
Wajib apabila harta dimiliki penuh dan disimpan genap setahun (haul).
Fatwa MAIPk: Tertakluk kepada garis panduan zakat perniagaan semasa.
Semak Nisab Terkini di ZAPAR
📖 Dalil Kewajipan Zakat:
"Wahai orang-orang yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik..." (Surah Al-Baqarah, Ayat 267)
📜 Fatwa Zakat Perolehan:
Warta Kerajaan No. 1638 (18.04.2024) mentakrifkan harta perolehan sebagai segala hasil, pendapatan, pemerolehan atau pulangan atas balasan perkhidmatan, pendapatan bebas, pemberian dan hasil al-mustaghallat.
💡 Jenis Harta Perolehan:
  • Harta Pengajian & Upah: gaji, elaun, bonus, pampasan, pencen.
  • Harta Kerja Bebas: perkhidmatan perundingan, kontraktor, royalti, jualan takaful/saham.
  • Harta Pemberian: hibah, hadiah, saguhati, pampasan, pusaka, mahar.
  • Hasil Aset: sewaan bangunan/kenderaan, jualan tanaman, ternakan, makanan.
Nisab: 85 gram emas
Semak nilai rasmi di ZAPAR
🥇

Zakat Emas & Perak

Kadar 2.5%

Emas/perak simpanan wajib dizakat. Emas perhiasan yang dipakai dikecualikan setakat uruf.

📖 Lihat Info Lanjut
Info Terperinci:
Emas simpanan: >85g. Emas perhiasan: Lebihan uruf (lazimnya 500g di Perak) wajib dizakat.
Fatwa MAIPk: Emas dipakai harian adalah dikecualikan kecuali jika melampaui uruf tempatan.
Nisab: 85g Emas / 595g Perak
🥇

Zakat Emas & Perak

Kadar 2.5%

Emas/perak simpanan wajib dizakat. Emas perhiasan yang dipakai dikecualikan setakat uruf.

📖 Lihat Info Lanjut
Pengenalan:
Emas ialah aset bernilai yang sering dijadikan simpanan atau perhiasan. Ramai masih belum jelas tentang kewajipan zakat ke atas emas, termasuk syarat, kadar dan kaedah bayaran yang betul.

Apa Itu Zakat Emas:
Zakat emas ialah kewajipan menunaikan zakat ke atas emas yang dimiliki apabila cukup syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak. Ia termasuk emas perhiasan dan simpanan.

Syarat Wajib Zakat Emas:
  • Cukup nisab — berat emas melebihi 85 gram.
  • Cukup haul — disimpan selama satu tahun hijrah.
  • Milik penuh — pemilikan sepenuhnya tanpa sekatan.

Dalil Pensyariatan:
“Tidak ada zakat jika emas kurang dari 20 mitsqal dan tidak ada zakat jika kurang dari 200 dirham.”
(HR al-Daruquthni)

“Tidaklah ada kewajipan zakat pada wang perak yang kurang dari lima auqiyah.”
(HR al-Bukhari)

Nisab / Uruf Emas & Perak:
  • Emas Simpanan: 85 gram
  • Emas Dipakai: Uruf 500 gram
  • Perak: Uruf 595 gram

Kaedah Pengiraan Zakat:
  • Emas Simpanan: Berat Emas × Harga Semasa × 2.5%
  • Emas Perhiasan: (Berat Emas − 500g uruf) × Harga Semasa × 2.5%
  • Perak: Berat Perak × Harga Semasa × 2.5%

*Berat emas yang dipakai mengambil kira pemakaian sekali sekala atau berterusan.


Kaedah Bayaran Zakat Emas:
Penutup:
Zakat emas bukan sekadar kewajipan individu, tetapi juga hak golongan yang memerlukan. Menunaikan zakat bukan sahaja membersihkan harta, malah menjadikannya lebih diberkati.

Untuk bantuan lanjut: www.wasap.my/601110676301/ZakatEmas_Perak
Nisab: 85g Emas / 595g Perak
Semak nilai rasmi di ZAPAR
🌾

Zakat Tanaman

Kadar 5% – 10%

Hasil bijirin & buah-buahan makanan asasi yang cukup nisab. Dizakatkan sejurus dituai.

📖 Lihat Info Lanjut
Info Terperinci:
10% (Tadah hujan), 5% (Kos pengairan), 7.5% (Gabungan).
Fatwa MAIPk: Nisab tanaman adalah 5 ausuq (1,305.60 kg).
Nisab: 1,305.60 kg
🐄

Zakat Ternakan

Ikut Pasaran

Lembu, kerbau & kambing yang cukup nisab dan haul, dinilai ikut harga pasaran.

📖 Lihat Info Lanjut
Info Terperinci:
Nisab: Lembu/Kerbau (30 ekor), Kambing/Biri-biri (40 ekor).
Nota: Rujuk ZAPAR untuk taksiran rasmi bilangan ternakan.
Nisab: 30 Lembu / 40 Kambing
💵

Zakat Pendapatan

Kadar 2.5%

Gaji, elaun, bonus dan pendapatan profesional. Boleh melalui potongan berjadual.

📖 Lihat Info Lanjut
Info Terperinci:
Dikira tahunan berdasarkan nilai nisab 85g emas.
Fatwa MAIPk: Menggalakkan potongan zakat bulanan bagi mengelakkan bebanan sekaligus.
Nisab: 85 gram emas (tahunan)
🏦

Zakat Simpanan

Kadar 2.5%

Akaun simpanan bank, deposit tetap dan simpanan koperasi yang cukup nisab dan haul.

📖 Lihat Info Lanjut
Info Terperinci:
Wajib apabila baki minimum sepanjang tahun kekal mencapai nisab (85g emas) dan genap haul.
Fatwa MAIPk: Simpanan di institusi kewangan Islam/konvensional adalah wajib dizakatkan.
Nisab: 85 gram emas
📈

Zakat Saham & Pelaburan

Kadar 2.5%

Saham syarikat, unit trust/ASB dan pelaburan emas yang dinilai harga pasaran semasa.

📖 Lihat Info Lanjut
Info Terperinci:
Dikira berdasarkan nilai pasaran semasa pelaburan pada tarikh cukup haul (85g emas).
Fatwa MAIPk: Saham dagangan aktif dikira ikut zakat perniagaan.
Nisab: 85 gram emas