:
PENGENALAN / SEJARAH
Share:


Pengenalan / Sejarah

Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) ialah sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang ditubuhkan pada 4 Mei 2000 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah nombor syarikat 200001010796 (513402-W). MIEB berperanan sebagai badan pengurusan pendidikan Islam bersepadu di Malaysia, menyediakan kurikulum, pentaksiran serta latihan guru bagi sekolah rendah Islam (SRI) dan sekolah menengah Islam (SMI). Falsafah pendidikannya berteraskan tauhid, holistik, seimbang dan berpandukan al-Quran serta al-Sunnah.

Di bawah naungan MIEB, Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar (SRAHSI) ditubuhkan pada 1 Januari 2006 dan telah beroperasi lebih daripada 15 tahun di kawasan Seri Iskandar, Perak. SRAHSI merupakan sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Sepenuh Masa yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta menawarkan kurikulum integrasi akademik (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan diniah (JAIPk). Sekolah ini pada asalnya beroperasi di No. 9 & 11, Jalan Maju 2, Taman Maju, Seri Iskandar, sebelum berpindah ke lokasi baharu di No. 68–73, Persiaran Seri Iskandar Prima 3, Seri Iskandar Prima, Perak pada September 2023 bagi menyediakan prasarana yang lebih kondusif dan selesa untuk warga sekolah.

Sekolah ini beroperasi di enam (6) unit lot kedai dua tingkat yang diubahsuai menjadi bilik darjah dan pusat pentadbiran. Bermula dengan 14 orang murid Tahun 1, kini SRAHSI berkembang kepada hampir 300 orang murid, dan seramai 30 orang pekerja termasuk guru dan kakitangan sokongan. Antara kemudahan yang disediakan ialah 12 bilik darjah berhawa dingin, pejabat, bilik guru, dewan, bilik sakit, pusat sumber, makmal sains dan bilik seminar.

Dengan sokongan MIEB sebagai badan penyelaras pendidikan, SRAHSI terus komited membentuk generasi pelajar yang berakhlak mulia, berilmu, dan berdaya saing selaras dengan prinsip pendidikan Islam yang menyeluruh.

Motto / Tagline

“Bersama Membentuk dan Memantapkan Generasi Uswah Hasanah ”