Pengenalan

Pusat Pendidikan Al-Hidayah Berhad bercita-cita untuk melahirkan Generasi Rabbani yang amileen, berketrampilan terkini, berkreativiti tinggi dan berupaya memimpin masyarakat sejagat kearah kesejahteraan dunia & akhirat yang `berteraskan Tauhid’.

Mendokong satu Falsafah Pendidikan yang begitu ampuh melalui satu proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan as-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan, maka Pusat Pendidikan Al Hidayah Berhad  memerlukan sokongan yang bersepadu samada berbentuk sokongan moral, khidmat nasihat dan juga kewangan.

Sejarah penubuhan sekolah ini bermula hasil perbincangan awal beberapa individu muslim yang begitu berminat untuk melihat tertubuhnya sebuah sekolah yang berteraskan tauhid wujud di Bandaraya Ipoh. Pada hujung tahun 1989, Sekolah Rendah Al-Hidayah mula beroperasi dengan menyewa sebuah rumah dengan 2 orang guru dan 19 orang pelajar di banglo No. 2, Jalan Madrasah, Rapat Setia.

Pada  tahun 1989, Sekolah Rendah Al-Hidayah telah diluluskan  pendaftaran oleh JAIPk. Pada tahun 1996, hasil dari kesinambungan sekolah rendah, maka penubuhan Sekolah Menengah Al-Hidayah pula ditubuhkan. Pada awal Tahun 1997, pembinaan bangunan tetap untuk sekolah Rendah Al-hidayah dan Sekolah Menengah Al-Hidayah mula dilaksanakan.

Pada pertengahan Tahun 1997, Sekolah Menengah Al-Hidayah telah berpindah ke tapak tetap, manakala pada tahun 1998, Sekolah Rendah Al-Hidayah telah berpindah ke bangunan baru. Hasil bantuan kewangan dari  Majlis Agama Islam Perak, Sekolah Menengah Al-Hidayah telah berpindah ke bangunan baru pada tahun 2002.

Pada tahun 2006, Pusat Pendidikan Al-Hidayah mewujudkan cawangan sekolah di Seri Iskandar dengan nama Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar (SRAHSI). SRAHSI diwujudkan bagi menampung keperluan pendidikan di Bandar Seri Iskandar. SRAHSI beroperasi di kawasan lot perumahan. Manakala, tahun 2011, Sekolah Tinggi Al-Hidayah Ipoh diwujudkan bagi menampung keperluan pembelajaran di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kursus-kursus pasca Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ringkasnya Pusat Pendidikan  Al-Hidayah beroperasi dari tahun 1989. Di usia begini cabaran hebat yang di hadapi oleh pihak pengurusan ialah kekangan kewangan dan juga sumber manusia iaitu pendidik yang diperlukan mendidik genarasi pewaris untuk menjadi insan bertakwa lagi cemerlang. Cabaran ini merupakan satu jihad berterusan yang dihadapi oleh ahli lembaga dan pengurusan sekolah bagi memastikan sistem pendidikan ini sentiasa kompetitif di kalangan masyarakat.

Imej bangunan yang bakal dibina