Logo dan Motto

LOGO SEKOLAH

LOGOMAKSUD BAHAGIAN LOGO
BukuMelambangkan ilmu yang sedia dipelajari berlandaskan Islam selaras dengan Falsafah Pendidikan yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai ikutan.
Warna putih menggambarkan kesucian dan kemurnian ilmu Islam yang akan dicernakan kepada benih-benih Islam.
Rangkaian PadiAdalah merupakan natijah kesuburan ilmu Islam yang akan melahirkan insan-insan yang muttaqin juga benih-benih insan yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia yang mampu membentuk kehidupan dan juga umat seluruhnya.
Bulan Sabit (kuning)Melambangkan Islam itu sendiri yang cahayanya menjadi penyuluh dan petunjuk seluruh umat dan alam.
Bulatan (hijau)Menjadikan kehidupan umat Islam dipelusuk dunia dalam suasana aman, bahagia dan harmoni hasil dari insan rabbani dalam daulah Islamiyyah.
Tulisan KhatAdalah menjadi matlamat SRAH untuk melahirkan insan-insan yang mampu menguasai Bahasa Arab yang juga bahasa Al-Quran yang menjadi syiar umat Islam.
Tulisan khat bermakna SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH
Tulisan khat merupakan logo dan arah matlamat yang ingin dibawa oleh SRAH. Untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan bersifat ihsan yang mana ini adalah asas-asas ciri kehidupan muslim dalam konteks membentuk insan rabbani.
Tahun 2006Menjadi tahun peringatan yang menjadi sejarah SRAH Seri Iskandar dimana ia ditubuhkan pada tahun 2006.
Khat RumiMerupakan pengenalan kepada sekolah yang ditulis dalam Bahasa Malaysia dalam era mempraktikkan Bahasa Malaysia baku.

 

MOTTO SEKOLAH

“Bersama Membentuk dan Memantapkan
Generasi Uswah Hasanah”